Unit kawalan tangani gejala sosial di kampung

webmaster

KOTA BHARU: Unit Kawalan dan Keselamatan perlu digerakkan di setiap kampung untuk menangani gejala negatif daripada terus menular.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, unit kawalan itu dapat mengurangkan aktiviti negatif daripada menular.

“Sudah ada kampung yang mewujudkan unit tersebut. Namun masih banyak lagi belum wujudkan. Unit tersebut dapat mengenal pasti kalau ada orang luar datang ke kampung mereka.

“Melalui kawalan itu gejala tidak sihat termasuk juga merompak, edar dadah atau jenayah lain dapat ditangani bersama penduduk,” katanya pada program taklimat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kelantan di sii semalam.

Taklimat itu disampaikan Pengarah AADK negeri, Rohayu Ahmad, diadakan di pejabat AADK, Menara Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan. – HARAKAHDAILY 22/10/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8475-unit-kawalan-tangani-gejala-sosial-di-kampung

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sambut baik projek lebuh raya diteruskan

PASIR MAS: Kerajaan negeri menyambut baik hasrat kerajaan Persekutuan meneruskan pembinaan lebuh raya Kota Bharu ke Kuala Krai dalam Rancangan Malaysia ke-11. Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur dan Utiliti negeri, Azami Mohd Nor berkata, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyebut kerajaan pusat akan meneruskan projek tersebut. “Projek itu memberi banyak manfaat […]

Subscribe US Now