UPKN ANTARA YANG MENDAHULUI SERAH LAPORAN PRESTASI

webmaster

oleh Norzana Razaly

KOTA DARULNAIM – Kerajaan Negeri Kelantan yang menggaris bawahkan amalan Pengurusan Ihtirafi amat serius memantau segala gerak kerja dan prestasi agensinya agar selari dengan konsep Ubudiyah, Masuliyah dan Itqan (UMI).

Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas diterima oleh Urusetia Penerangan dan Komunikasi Kerajaan Negeri Kelantan (UPKN) daripada Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Haji Mohd Farid Dato’ Haji Abdul Razak kerana berjaya menyerahkan Laporan Prestasi dan Pelaksanaan Program UPKN (Jan-Ogos 2020) kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) Kerajaan Negeri Kelantan.

“UPKN antara agensi paling awal menyerahkan laporan prestasi dan pelaksanaan jabatan kepada BPSM pada tahun ini menunjukkan kecemerlangan gerak kerja semua unit yang sistematik di bawah seliaan pihak pengurusan yang baik”, ujarnya ketika sesi penerangan ringkas mengenai praktis budaya kerja ke arah kesejahteraan organisasi di pejabat UPKN, pagi tadi.

Beliau turut berharap semua kakitangan UPKN istiqamah meneruskan budaya kerja Muslim produktif yang berimpak dan berprestasi tinggi yang menekankan aspek kerohanian dan keberkatan masa demi menjadikan Kelantan beroleh rahmat “baldatun toyyibatun wa rabbun ghafur”.

Sehubungan itu, Pengarah UPKN, Haji Zulkifli Mamat bersyukur dan berterima kasih serta menzahirkan keterujaan seluruh warga UPKN.
Beliau mengakui segala kata-kata baik menjadi pemugar semangat dan menyemarakkan nyala rasa “mahu memberi hanya yang terbaik” di dalam jiwa warga UPKN untuk terus cemerlang berkhidmat kepada negeri dan rakyat.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

ANTOLOGI MENENUN ZAMAN PAPAR 54 KISAH BENAR GURU

oleh Norzana Razaly KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan tetap peka terhadap perkembangan dunia perbukuan sebagai dokumentasi rakaman peristiwa dan penanda aras peradaban bangsa meskipun ledakan dunia digital sedang rancak menguasai zaman. Sehubungan itu, Exco Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Teknologi Maklumat merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam […]

Subscribe US Now