UPKN-BKR Bekerjasama Terbitkan Komik

webmaster

KOTA BHARU – Dalam usaha mengangkat martabat seni warisan sesuai dengan tema “Cintai Warisan Kita” bersempena dengan penganjuran dan pameran kartun peringkat antarabangsa “International Cartoon Competition & Exhibition Malaysia 2020” anjuran Balai Kartun Rossem (BKR) dengan kerjasama Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, melalui inisiatif tersebut Urusetia Penerangan dan Komunikasi Kerajaan Negeri (UPKN) dengan kerjasama BKR akan menerbitkan komik bersempena Sambutan Tiga Dekad Pentadbiran Kelantan Membangun Bersama Islam.

Rombongan UPKN yang diketuai oleh Timbalan Pengarah, Nazman Che Iberahim telah mengadakan perbincangan dengan Rosidi Semail (Pak Rossem) selaku Pengurus Balai Kartun Rossem di Balai Kartun Rossem baru- baru ini.

Penerbitan komik itu nanti membabitkan zaman pentadbiran dua orang Menteri Besar iaitu Allahyarham Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dan YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad bin Yakob.

Pak Rossem yang sudah lama aktif dalam melukis kartun pernah bertugas di UPKN sebagai Penolong Pengarah Penerbitan, sempena pertandingan dan pameran kartun baru-baru ini beliau adalah salah seorang daripada empat juri yang menilai dari sudut kartun.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

168 Kontraktor Tempatan Terbabit Cabutan Undi

MACHANG – Seramai 168 kontraktor di Jajahan Machang meliputi tiga kawasan parlimen telah berjaya mendaftar bagi kerja-kerja cabutan undi pada Majlis Cabutan Undi Bagi Kerja-Kerja Di Bawah Peruntukan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) Jajahan Machang yang diadakan di Dewan Majlis Daerah Machang semalam. Berucap merasmikan majlis tersebut, Pengerusi Jawatankuasa […]

Subscribe US Now