UPKN DAN RAKAN STATEGIK SEPAKAT MAKMURKAN KELANTAN

webmaster

oleh Norzana Razaly

Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan (UPKN) menyahut gagasan pelaksanaan Strategi Lautan Hijau janaan YAB Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad Yakob untuk terus maju menerajui perubahan ke arah lebih gemilang membawa slogan Membangun Bersama Islam dan Kelantan Melangkah Ke Hadapan.

Sehubungan itu, satu inisiatif khas telah diambil oleh UPKN dengan memperkemaskan hubungan penyumberan maklumat sahih yang berdata dan berfakta daripada pihak luar yang berminat untuk mencapai manfaat dan inovasi “menang-memang” pada jangka panjang berdasarkan kecintaan demi kemakmuran Negeri Kelantan.

Program bual bicara santai sambil makan malam itu diadakan di Kelantan Trade Center, Kota Bharu, Kelantan pada 19 Februari 2020 menghimpunkan hampir 100 orang rakan strategik yang tampil segak bergaya mengenakan busana batik menyerlahkan kepakaran tersendiri, mewakili pelbagai strata masyarakat menjadi tamu kehormat UPKN.

Malam bersejarah tersebut menyaksikan kesepakatan UPKN dan rakan strategiknya menjalinkan persetujuan untuk menerapkan satu set sasaran iaitu menyebar-tularkan informasi daripada saluran komunikasi UPKN selaku media rasmi Kerajaan Negeri.

Slogan “Kita Bersama” cetusan Pengarah UPKN, Tuan Haji Zulkifli Mamat menjelaskan ruang penyiaran kita (agensi Kerajaan Negeri) terhad, tanpa televisyen dan radio rasmi.

“UPKN amat mengharapkan kerjasama dua hala rakan strategik untuk membantu dan memberi maklumat bermanfaat untuk saling menyebar-luaskan segala informasi berkenaan kemakmuran Kelantan kepada massa secara efektif dalam bentuk ringkas dan mudah difahami seluruh rakyat termasuklah yang berada di luar negara”, ujarnya.

Beliau turut mengumumkan pertandingan video pendek berdurasi 5-7 minit mengenai kemakmuran Kelantan terbuka untuk semua secara rasminya bermula. Keputusan pemenang akan diisytiharkan pada 20 Ogos 2020. – UPKN KELANTAN 20/2/2020

Sumber: https://www.facebook.com/upknkelantan/posts/2606021416298876

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

KELANTAN TUAN RUMAH SUKMA 2024

oleh Norzana Razaly Kerajaan Negeri Kelantan bersyukur ke hadrat Allah SWT dan berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia di atas penghormatan menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) ke 22 menerusi penganjuran bagi edisi 2024. Demikian kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat selepas […]

Subscribe US Now