UPKN SUAI PADAN JADUAL KERJA FLEKSIBEL SEMPENA RAMADAN

KOTA DARULNAIM – Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) menyusun atur jadual kerja yang lebih fleksibel untuk Unit Penerbitan dan Dokumentasi (UPD) bersama Unit Multimedia sepanjang Ramadan 1444H.

Penolong Pengarah Kanan UPD Farhan Fauzai berkata kerjasama dua unit tersebut memang sentiasa diperkemas setiap minggu.

Namun sempena Ramadan, jadual kerja agak singkat untuk membuat liputan program merangkumi waktu kerja dan di luar masa kerja.

“Kita pelan jadual kerja agar fleksibel dan mesra bulan puasa. Walaupun bekerja balik lewat daripada waktu kerja yang ditetapkan dari pukul 8.00 atau 8.30 pagi hingga 3 atau 3.30 petang, staf dinasihatkan pulang sebelum Maghrib dan masih berpeluang beriftar bersama keluarga,” katanya.

Sehubungan itu, Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan UPKN (KSK) Azimi Mahmood memaklumkan KSK prihatin terhadap komitmen ahli yang amat patuh kepada tanggung jawab tugas hakiki dengan melaksanakan program Berkongsi Rasa pada Rabu setiap minggu dengan menyediakan juadah berbuka istimewa kepada staf.

Sumber

(Visited 10 times, 1 visits today)

Add Comment