UPKN, TM BERSINERGI MANTAPKAN PENGIKLANAN DIGITAL

oleh Norzana Razaly

KOTA DARULNAIM – Urusetia Penerangan dan Komunikasi Kerajaan Negeri Kelantan (UPKN) menerima kunjungan pihak pemasaran produk Telekom Malaysia (TM) di sini, pagi tadi.

Sesi penerangan berkenaan pengiklanan digital oleh Konsultan Pemasaran Produk TM, Jailani Alwi menyakinkan pihak UPKN untuk mempertimbangkan tawaran melanggan perkhidmatan TM.

Menurut Jailani, UPKN diberi peluang menikmati langganan iklan percuma selama sebulan melalui tiga cara; video, animasi dan imej statik berdurasi 15 saat bagi setiap satu medium.

“Kita menjangkakan minimum 10 ribu tontonan bakal diraih oleh UPKN menerusi setiap iklan yang bersiaran. Statistik sehingga Mac 2020, Kelantan memiliki 402 lokasi ‘hot spot’ yang dapat diakses oleh 103,433 pengguna. Maka, kebarangkalian mendapat 320,272 tontonan boleh dicapai secara mudah, ujarnya.

Sementara itu, Pengarah UPKN, Hj. Zulkifli Mamat menyambut baik pakej tawaran tersebut dan bersetuju mencuba-pakainya sehingga 31 Ogos ini.

Beliau berkata, bagi memastikan kerjasama ini menjadi kenyataan, pihak UPKN akan mengemaskini maklumat yang akan disampaikan melalui rangkaian digital tanpa wayar ini menepati citarasa pengguna sasaran di samping mengadaptasi bentuk dan meningkatkan kualiti maklumat itu mengikut ‘trending’ terkini, insya Allah.

“Keputusan untuk mempertimbangkan langganan rasmi bakal diambil kira berdasarkan laporan terperinci data capaian selama tempoh promosi”, tambahnya.

(Visited 3 times, 1 visits today)

Add Comment