UPSR 2015: Pemuda PAS Kelantan rakam tahniah

webmaster

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) merakamkan tahniah kepada calon-calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015 negeri itu yang berjaya mencatat keputusan A bagi semua mata pelajaran.

Dilaporkan bahawa seramai 3,527 calon di Kelantan mendapat 5A bagi semua mata pelajaran dan jumlah ini meningkat 0.45 peratus berbanding tahun lalu sebanyak 11.25 peratus.

“Tidak lupa kepada ibu bapa yang tentunya berbangga dengan kejayaan anak-anak ini, semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar kejayaan di masa hadapan,” ujar Ketua DPPNK, Ahmad Fadhli Shaari dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, kepada calon-calon yang tidak mendapat keputusan cemerlang, semoga ia tidak menjadi penghalang kepada para pelajar untuk terus meningkatkan kesungguhan menerokai bidang ilmu yang masih jauh perjalanannya.

“Sesungguhnya kejayaan di dalam peperiksaan adalah suatu kemenangan yang manis, namun kejayaan yang sebenar di dalam hidup ialah mendapat keredhaan Allah SWT seterusnya meraih syurga di akhirat, insya Allah,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 17/11/2015

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

PAN cuba lemahkan kerajaan Islam Kelantan

KOTA BHARU: Kenyataan Parti Amanah Negara (PAN) untuk memberi tempat kepada wakil rakyat PAS yang tidak dipilih bertanding pilhan raya umum (PRU) akan datang dianggap tidak selari kenyataan awal pemimpin parti serpihan itu. Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata sebelum ini PAN kerap mengeluarkan kenyataan mahu […]

Subscribe US Now