Usah bersekongkol pihak fitnah kerajaan negeri

webmaster

RAKYAT diingat tidak bersekongkol dengan pihak yang bermati-matian mahu menjatuhkan Kerajaan Kelantan pada pilihan raya umum (PRU) tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Mohd Nasruddin Daud berkata, sepatutnya orang ramai berpakat menjaga kebun yang telah berbuah hasil usaha kita selama ini.

“Jangan pula ikut rentak musuh sehingga tidak sepakat menjaga kebun. Berbeza pandangan tidak menjadi masalah kerana kita boleh duduk berbincang.

“Kerajaan negeri ada silapnya ada silap kerana ia bukan maksum, namun tindakan pihak terbabit bukan hendak berbincang sebaliknya mahu menjatuh kerajaan yang ada sekarang,” katanya ketika menyampaikan kuliah Maghrib, di Dataran Stadium malam tadi.

Kuliah berkenaan diadakan sempena Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Rantau Asia Ke-4 di Dataran Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Kuliah itu diadakan sebelum berlangsung malam kesenian Islam yang menampilkan Derry Sulaiman, Shoutul Amal dan The Four A dari Thailand.

Nassurudin yang juga Ketua Penerangan PAS Kelantan berharap rakyat di negeri itu tidak termakan dengan perangkap musuh yang saban hari memfitnah kepimpinan ulama.

“Fitnah hari ini menjadi makanan dunia. Yang peliknya pihak terbabit juga beragama Islam. Ada yang menyindir kerajaan negeri berkaitan kelulusan Dewan Undangan Negeri berkaitan hukuman sebat di tempat terbuka.

“Islam agama murni, tidak akan menyiksa penganutnya dengan hukuman sedemikian sebaliknya ia sebagai pengajaran,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 22/7/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Ulama perlu pertahan kerajaan Kelantan

ULAMA perlu berada di belakang kerajaan Kelantan bagi mempertahankan negeri tersebut  memandangkan sekarang ada pihak berusaha keras bagi menjatuh kerajaan negeri di bawah kepimpinan ulama. “Ulama mesti berdiri di belakang kerajaan Kelantan yang ada sekarang. Jangan harap institusi pondok yang ada sekarang terus kekal apabila bukan lagi ulama yang mengetuai kerajaan,” […]

Subscribe US Now