Usahawan Kelantan digesa ceburi niaga online

GOLONGAN usahawan Kelantan dinasihatkan mengambil peluang kemajuan teknologi untuk ceburi bidang perniagaan.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob, berkata zaman langit terbuka perniagaan ‘online’ adalah antara ruang mencari rezeki.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Exco Gu Kelate 2017 peringat Parlimen Rantau Panjang, di sini semalam.

Pameran Gerakan Usahawan itu diadakan di Bandar Rantau Panjang bermula 24 hingga 26 Ogos ini.

Katanya, semoga barangan jualan dapat diketahui semua masyarakat dalam dan luar negara.

“Bagaimanapun, pengusaha perlu mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan kerajaan, jujur dalam berniaga.

“Ini amat penting kerana berapa ramai yang berjaya dalam perniagaan ini, berapa ramai pula yang menipu,” katanya.

Jelasnya, masyarakat kini dalam krisis masa yang begitu kronik apa lagi untuk mencari keperluan tertentu.

Sambungnya, bidang perniagaan ini boleh dilakukan anak muda, suri rumah dan pelbagai peringkat. Bagi mereka yang tidak pandai menguruskannya, boleh dapatkan bantuan dari anak atau anggota keluarga terdekat.

Sebanyak 50 buah gerai disediakan untuk jualan di samping menempatkan pameran agensi kerajaan negeri. – HARAKAHDAILY 25/8/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
99Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment