Usahawan Kelantan digesa ceburi niaga online

webmaster

GOLONGAN usahawan Kelantan dinasihatkan mengambil peluang kemajuan teknologi untuk ceburi bidang perniagaan.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob, berkata zaman langit terbuka perniagaan ‘online’ adalah antara ruang mencari rezeki.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Exco Gu Kelate 2017 peringat Parlimen Rantau Panjang, di sini semalam.

Pameran Gerakan Usahawan itu diadakan di Bandar Rantau Panjang bermula 24 hingga 26 Ogos ini.

Katanya, semoga barangan jualan dapat diketahui semua masyarakat dalam dan luar negara.

“Bagaimanapun, pengusaha perlu mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan kerajaan, jujur dalam berniaga.

“Ini amat penting kerana berapa ramai yang berjaya dalam perniagaan ini, berapa ramai pula yang menipu,” katanya.

Jelasnya, masyarakat kini dalam krisis masa yang begitu kronik apa lagi untuk mencari keperluan tertentu.

Sambungnya, bidang perniagaan ini boleh dilakukan anak muda, suri rumah dan pelbagai peringkat. Bagi mereka yang tidak pandai menguruskannya, boleh dapatkan bantuan dari anak atau anggota keluarga terdekat.

Sebanyak 50 buah gerai disediakan untuk jualan di samping menempatkan pameran agensi kerajaan negeri. – HARAKAHDAILY 25/8/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kelantan kerjasama jaya sambutan Hari Koperasi

MENTERI Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob diundang merasmikan  Sambutan Hari Koperasi Peringkat Negeri. Sebanyak 82 booth pameran iaitu 70 koperasi dan 12 agensi kerajaan memaparkan produk serta perkhidmatan sepanjang tiga hari program itu berlangsung bermula 24 Ogos lalu. Kerajaan negeri memberi kerjasama menjayakan sambutan Hari Koperasi Negeri 2017, […]

Subscribe US Now