Ustaz Abdul Somad terima Tokoh Dai’e Nusantara

webmaster

KOTA BHARU: Pendakwah terkenal dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad dianugerah Tokoh Dai’e Nusantara oleh kerajaan Kelantan.

Anugerah itu berupa wang tunai, replika Masjid Kampung Laut, Dinar, Rida’ dan sijil penghargaan.

Manakala Ustaz Azhar Idrus pula dianugerah Anugerah Ikon Anak Muda berupa wang tunai, replika Masjid Kampung Laut dan sijil penghargaan sempena Hari Murabbi Ummah.

Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakub menyampaikan anugerah kepada kedua-dua pendakwah tersebut pada program yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad Ke-1V malam tadi.

Abdul Somad dan Ustaz Azhar terkenal sebagai pendakwah di beberapa negara di Asia Tenggara.

Kelebihannya menyampaikan pidato berjaya menarik perhatian masyarakat di seluruh nusantara.

Kira-kira 100,000 rakyat Kelantan dan negeri lain hadir pada program berkenaan yang julungkali pernah diadakan. Turut hadir penduduk bukan Muslim. – HARAKAHDAILY 16/2/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/9767-ustaz-abdul-somad-terima-tokoh-dai-e-nusantara

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Puluhan ribu rakyat 'amin' doa royalti

KOTA BHARU: Sebelum solat hajat royalti, kira-kira 15,000 rakyat Kelantan mengamimkan doa supaya royalti dibayar kerajaan pusat kepada kerajaan negeri. Doa berkenaan dibaca pendakwah terkenal Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani selepas menyampaikan kuliah Maghrib di Stadium Sultan Muhammad Ke-1V malam tadi. Terdahulu penyarah Pusat Pengajian Pondok Kandis Ustaz Nik Razi Nik […]

Subscribe US Now