Ustaz Ahmad Dusuki dianugerah Tokoh Pendakwah

webmaster

KOTA BHARU: Selebriti dakwah yang terkenal dengan slog Mauizzah di Radio IKIM, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani hari ini dianugerahkan Tokoh Pendakwah.

Beliau dianugerah tokoh tersebut sempena Hari Anak Muda Kelantan yang diadakan di Dataran Warisan, petang semalam.

Anugerah itu disampaikan Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah.

Ahmad Dusuki merupakan Pengasaas Kompleks Darul Thibbun Nabawi dan Penasihat Kompleks Ilmu Al-Azhari.

Beliau juga merupakan Timbalan Presiden Gabungan Pengamal Perubatan Islam Malaysia (Gappima).

Mohd Amar berharap syiar Islam dapat menyinari di seluruh negara bukan hanya di Kelantan.

Katanya, anak muda hari ini bakal penentu corak masa depan negara.

“Kerana itu amat penting mereka didedahkan dengan aktiviti sihat di samping pendidikan agama,” ujarnya pada program berkenaan.

Kata beliau modul Islam yang diberi panduan oleh Allah Taala akan menyelamatkan anak muda. – HARAKAHDAILY 16/2/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/9760-ustaz-ahmad-dusuki-dianugerah-tokoh-pendakwah

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Tunggakan bil air berjumlah RM30 juta

TUMPAT: Pelanggan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) diminta membayar bil yang tertunggak sejak 10 tahun kini berjumlah RM30 juta. Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur dan Utiliti Dato’ Azami Mohd Nor berkata, tunggakan itu gagal dilunaskan pemegang akaun. Kata beliau sekiranya rakyat mengambil tanggungjawab membayar bil pelbagai masalah berkaitan bekalan air dapat diatasi. […]
Mohd Azami Mohd Nor melawat loji rawatan air di Wakaf Bharu.

Subscribe US Now