Ustaz Ahmad rakam terima kasih doa rakyat

webmaster

KOTA BHARU: Ustaz Datuk Ahmad Yakob sudah boleh bercakap dan bertindak balas dengan keadaan di sekeliling selepas menjalani pembedahan kecil pagi tadi.

Setiausaha Politiknya, Wan Roslan Wan Hamad memberitahu Menteri Besar meminta air untuk diminum.

“Alhamdulillah pembedahan kecil di bahagian kepalanya berlangsung selama sejam bermula jam 9.30 pagi tadi berjalan dengan baik.

“Beliau kini ditempatkan di wad ICU untuk diberi pemantauan oleh pegawai perubatan di Hospital Universiti Sains Malaysia. Dan dalam keadaannya semakin baik,” katanya di sini.

Hanya keluarga terdekat termasuk isterinya Datin Siti Zubaidah Abdul Hamid dan anak-anaknya berada di wad tersebut.

Orang ramai belum dibenarkan melawatnya kerana beliau masih memerlukan pemantauan doktor.

Wan Roslan juga berkata, Menteri Besar melahirkan rasa bersyukur kerana pembedahan yang berlangsung pagi tadi berjaya.

“Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada rakyat Kelantan dan umat Islam yang mendoakan kesejahteraan untuknya,” ujar beliau. – HARAKAHDAILY 14/4/2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

YAB Menteri Besar Kelantan Menyeru Rakyat Untuk Solat Istisqa'

Keadaan kesihatan YAB Menteri Besar Kelantan pada hari ini sangat baik dan beliau sempat berpesan kepada saya tadi agar seluruh rakyat Negeri Kelantan dapat menjaga kesihatan khasnya pada cuaca yang semakin panas ketika ini. Beliau turut mengharapkan agar solat sunat Istisqa’ yang bakal diadakan di Padang Hoki bersebelahan Padang Perdana […]

Subscribe US Now