Ustaz Nassuruddin terima anugerah Dato’

KOTA BHARU: Anggota Exco kerajaan negeri Dato’ Mohd Nassuruddin Daud menerima anugerah Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.J.M.K) yang membawa gelaran Dato’.

Ustaz Mohd Nassurudin Daud menerima darjah kebesaran disampaikan Tengku Mahkota KelantanTurut menerima anugerah serupa Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Mukhriz Mahathir.

Penyampaian anugerah darjah kebesaran itu diadakan sempena Perayaan Ulangtahun Keputeraan Sultan Muhammad V ke-49 bagi kali ke-2 yang diadakan di Istana Balai Besar di sini semalam.

Seorang lagi penerima anugerah berkenaan artis Dato’ Seri Raja Shah Zurin Raja Aman Shah atau lebih dikenali Shah Rezza.

Manakala Ketua Hakim Syarie Kelantan Dato’ Daud Muhammad dianugerahkan Dato’ Seri Paduka Raja.

Sementara itu, dua anggota Bomba dan Penyelamat Allahyarham Izatul Akma Wan Ibrahim dan Allahyarham Muhammad Hifdzul Malik Shaari dianugerahkan Pingat Bakti (P.B) atas jasa yang dicurahkan.

Mereka merupakan wira negara yang terkorban ketika operasi mencari dan menyelamat seorang remaja yang terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor, 3 Oktober lalu.

Pingat berkenaan diterima ibu Muhammad Hifdzul Malik, Wan Kamilah Wan Yaacob manakala Izatul Akma diwakili bapanya, Wan Ibrahim Mat Daud.

Majlis pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang, Pingat dan Surat Kepujian kepada 393 penerima itu disempurnakan Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra. – HARAKAHDAILY 5/3/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10012-ustaz-nassuruddin-terima-anugerah-dato

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment