Utamakan kebersihan troli, bakul pasar raya

webmaster

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan menuntut kerjasama daripada pengusaha pasar raya di negeri ini supaya memastikan tahap kebersihan troli dan bakul yang digunakan pelanggan berada dalam keadaan optimum bagi menghindari penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kebersihan Kelantan, Dr Izani Husin berkata, langkah menjaga kebersihan barangan itu amat penting kerana penyakit HFMD boleh merebak secara langsung, malah juga melalui sentuhan pada permukaan objek atau alatan permainan.

Menurutnya, jangkitan itu biasanya disebabkan amalan kebersihan diri kurang baik dan pendedahan kepada tempat atau persekitaran sesak yang mungkin meningkatkan lagi risiko penyebaran virus tersebut terutama pada awal minggu pertama jangkitan.

“Justeru, pihak kami akan mengeluarkan arahan kepada pengusaha terutama pasar raya yang besar di negeri ini supaya mengutamakan kebersihan lebih-lebih lagi pada troli dan bakul yang digunakan oleh ramai pelanggan.

“Mereka boleh mengambil langkah membersihkan troli dengan cecair antiseptik sekerap mungkin bagi mengelak jangkitan dan penularan penyakit ini,” katanya selepas merasmikan Majlis Gotong-royong Mega 1.0 Peringkat Negeri Kelantan di Taman Desa Rahmat, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam, Ahmad Robert Abdul Rahim.- SINAR HARIAN 28/7/2018

http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/utamakan-kebersihan-troli-bakul-pasar-raya-1.861424

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Pertahan pendirian Kelantan tolak UEC

BACHOK: Rakyat Kelantan menyifatkan keputusan kerajaan negeri tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) yang dilaksana di 61 sekolah persendirian Cina sebagai tepat. Mohd Napi Mohd Nawi berkata, dasar pendidikan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 sudah mampu membentuk sebuah masyarakat yang bersatu padu. Katanya, pendirian tegas kerajaan Kelantan merupakan satu […]

Subscribe US Now