UTAMAKAN PRODUK MUSLIM MEMADAI – FIRDAUS WONG

webmaster

OLEH MUHAMED NORAZIHA ABDULLAH

KUALA LUMPUR: Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM), Firdaus Wong Wai Hung meminta supaya masyarakat menggunakan istilah utamakan produk Muslim berbanding mengutamakan produk bumiputera Muslim.

Menurutnya, hal ini kerana Islam tidak mengajak kepada ketaksuban bangsa dan kaum, malahan perlu difahami bahawa rakyat Malaysia mempunyai pelbagai kaum.

“Ia seperti Muslim Melayu, Muslim Cina, Muslim India, Muslim Kadazan, Muslim Iban, Muslim Serani, Muslim Murut, malah ramai lagi Muslim dari pelbagai bangsa.

“Apabila meletakkan Bumiputera, bagaimana pula dengan bukan Bumiputera tetapi beragama Islam? Utamakan produk Muslim memadai,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, katanya yang tidak menafikan orang Melayu merupakan majoriti di negara ini tetapi persoalannya perjuangan atas dasar bangsa atau agama yang sebenarnya diutamakan.

“Saya utamakan produk dan kedai Muslim tetapi tidak boikot produk dan kedai belum Muslim,” tegasnya.

Mutakhir ini, kempen mengutamakan produk Muslim menjadi perbualan hangat di media sosial sehingga mendapat perhatian Kabinet yang mengeluarkan kenyataan bahawa boikot produk bukan Islam tidak wajar dan boleh menjejaskan keharmonian serta kesejahteraan kaum.

PAS sebelum ini mengeluarkan kenyataan mengenai ‘Kempen Beli Produk Muslim Dulu’. – HARAKAHDAILY 5/9/2019

Sumber: https://www.harakahdaily.net/index.php/berita/12890-utamakan-produk-muslim-memadai-firdaus-wong

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

RAKYAT PERLU UTAMA PRODUK HALAL - MB

OLEH MUHAMMAD ARIF ISMAIL TUMPAT: Kelantan memberi galakan dan kesedaran kepada masyarakat supaya mementingkan barangan khususnya makanan halal kerana usaha itu menepati ajaran Islam. Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, produk yang dihasilkan orang Islam bukan sahaja untuk kegunaan sendiri malah masyarakat pelbagai kaum. Sehubungan itu katanya […]

Subscribe US Now