Tuesday, 11 December 2018
Menu

Vape: Hormati keputusan kerajaan negeri

KOTA BHARU – Pertubuhan Suara Ulama Pondok (Suara Pondok) berharap peniaga vape  menghormati keputusan dibuat kerajaan negeri.

Ketua Penerangan Suara Pondok, Mohd Syamsul Mohd Yusoff berkata, keputusan yang dibuat itu  menunjukkan keprihatinan pihak berkenaan terhadap peniaga yang mengharapkan kelonggaran dalam isu tersebut.

“Walaupun pengharaman berkuat kuasa awal Januari, namun kerajaan negeri berlembut dan beri tempoh sehingga penghujung bulan ini.

“Jadi, peniaga terbabit diminta akur keputusan tersebut dan perlu  kosongkan premis vape masing-masing mengikut ketetapan yang dibuat.

“Peniaga perlu hormat keputusan kerajaan negeri demi maslahah ummah melibatkan kesihatan rakyat Kelantan seluruhnya,” katanya.

Tambah Mohd Syamsul, keputusan itu juga menunjukkan kerajaan negeri mempunyai sikap toleransi dengan peniaga.

“Jangan pula selepas ini timbul perkara berbangkit sedangkan perkara ini telah dijelaskan sebulan lebih awal,” katanya.

Terdahulu, kerajaan negeri beri kelonggaran sehingga hujung Januari ini kepada semua peniaga vape untuk mengosongkan premis daripada menjual alatan tersebut.[SINAR HARIAN 2 JANUARI 2016]

ARTIKEL BERKAITAN

 

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
28Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment