Pelancaran Sambungan Baru Air Kelantan 2015 – YB Dato’ Haji Hanifa

Majlis Pelancaran Program Promosi Sambungan Baru Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) 2015 oleh Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) telah diadakan di Perkarangan Masjid Sokor, Kok Lanas, pada 11 April 2015.

Projek ini merangkumi pembinaan loji rawatan air, pemasangan paip-paip agihan dan komunikasi di kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti termasuk memasang tiang meter (meter stand) di setiap rumah bagi mempercepatkan proses kemasukan bekalan air. Projek ini telah diserahkan kepada pihak AKSB untuk urusan sambungan baru kemasukan bekalan air ke rumah-rumah terbabit setelah mendapat permohonan dari pengguna.

Projek ini bertujuan meningkatkan lagi bilangan rumah membuat sambungan baru, meluaskan kawasan liputan bekalan air di Kelantan, menambahkan hasil pendapatan syarikat dan meningkatkan lagi taraf kesihatan dan mutu kehidupan penduduk melalui penggunaan air terawat.

1 Comment

  1. Upkn Kelantan says:

Leave a Comment

 

— required *

— required *