Sekolah YIK Mula 8 Pagi Jan- Jun Tahun Depan- MB Kelantan
Sekolah YIK Mula 8 Pagi Jan- Jun Tahun Depan- MB Kelantan
Atas dasar kebajikan dan keprihatinan terutama kepada ibu- ibu yang bekerja, YAB Ustaz Dato’ Hj Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan mengumumkan dalam sidang media tadi bahawa sesi persekolahan sekolah YIK akan bermula jam 8.00 pagi dalam tempoh Januari hingga Jun tahun depan kerana kelewatan masuk waktu subuh.
Selepas bulan Jun hingga Disember kembali sebagaimana biasa hari persekolahan jam 7.30 pagi.
Rabu, 24 Rejab 1436H/ 13 Mei 2015M
KelantanTV: Tepat dan Informatif
LIKE FB mykelantanTV
https://www.facebook.com/kelantantv
1 Comment