YAB Ustaz Dato’ Menteri Besar ][Pelancaran Jubli Perak Menbangun bersama Islam Zon Selatan

Majlis Perasmian Pelancaran Jubli Perak Membangun Bersama Islam Zon Selatan telah diadakan di Padang Pusat Sivik Gua Musang pada 27 Julai 2015. Majlis ini dirasmikan oleh YAB Ustaz Dato’ Menteri Besar Kelantan dan turut dihadiri oleh beberapa exco dan juga pegawai-pegawai kanan kerajaan. Turut diadakan juga pameran yang diserta oleh lebih kurang 20 agensi dan GLC kerajaan Negeri Kelantan. Pada masa yang sama juga majlis penyampaian hakmilik tanah kepada penduduk RPS Kuala Betis juga turut diadakan.

No comments yet... Be the first to leave a reply!

Leave a Comment

 

— required *

— required *