Wacana: Alasan AMK, Armada tidak lojik

webmaster

AMK dan ketua Armada Kelantan mencipta pelbagai alasan untuk tidak hadir wacana anjuran NGO Pertahan malam Jumaat lepas gagal difahami anak muda.

Sedangkan sebelum itu mereka memberi komitmen untuk hadir bagi mengupas tajuk “Kelantan Ambang PRU 14: Parti Mana Bela Rakyat”.

Pengerusi Kelab Anak Muda Bachok, Mohd Zaki Zakaria berkata, alasan yang diberikan pemuda Pakatan Harapan untuk tidak menghadiri wacana tersebut tidak masuk akal.

Katanya, Pemuda PKR dan Armada PPBM sepatutnya hadir sebagaimana komitmen mereka ketika menerima jemputan daripada NGO Pertahan.

“Kalau alasan PH memboikot wacana itu kerana wakil PAN dan DAP tidak dijemput tidak boleh diterima. Ini menjadi bahan ketawa anak muda.

“Begitu juga dakwaan moderator, Dr Kamarul Zaman Yusoff bias tidak logik kerana mereka belum lagi memasuki gelanggang,” katanya di Kota Bharu.

Malam Jumaat lepas NGO Pertahan menganjurkan wacana dengan mengundang Ketua AMK Kelantan, Dr Hafidz Rizal Amran; Ketua Armada, Asran Alias, Ketua Pemuda Umno, Mohamad Azam Ismail dan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari.

Bagaimanapun hanya Azam dan Ahmad Fadhli yang hadir bersama moderator, Dr Kamarul. Orang ramai sebahagian besar anak muda memenuhi dewan tingkat satu sebuah hotel.

Bagaimanapun Dr Hafidz dan Asran membuat kenyataan melalui Youtube bagi menjelaskan sebab mereka tidak hadir pada wacana tersebut.

Mohd Zaki Mamat, 34 dari Kuala Krai, berkata, pemuda PKR dan PPBM mengsia-sia peluang diberi biarpun mereka dianggap seorang profesional.

Katanya, AMK dan Armada boleh tidak sandarkan kepada pemuda PAN dan DAP tidak dijemput pada wacana tersebut, kerana mereka lebih awal menyatakan persetujuan untuk hadir. – HARAKAHDAILY 16/8/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Bangunan baru pemangkin pembangunan Gua Musang

BANGUNAN baharu Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) yang bernilai RN8.4 juta menjadi mercu tanda Bandar Baru Gua Musang. Bangunan tiga tingkat itu dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk ‘basement parking’, dewan serbaguna, bilik mesyuarat termasuk bilik khas untuk ahli majlis MDGM. Perasmiannya disempurnakan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Dr Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail […]

Subscribe US Now