WACANA INTELEKTUAL BUAT PENCINTA ILMU

oleh Norzana Razaly

Bersempena Jelajah Dakwah Dr. Zakir Naik ke Kelantan bermula 7-10 Ogos 2019, Kerajaan Negeri Kelantan melalui Urusetia Belia, Sukan & NGO menganjurkan wacana intelektual atau INTELLECTUAL DISCOURSE WITH DR ZAKIR NAIK di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu pada Rabu, 7 Ogos 2019.

Para pensyarah institusi pengajian tinggi awam dan swasta, anak muda dan pencinta ilmu seluruh Kelantan serta lokasi berdekatan dipersilakan hadir untuk meluaskan paradigma pemikiran dengan pengisian bicara ilmu dan hikmah oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, YB Ustaz Ahmad Fadhli Shaari, disusuli pula ucapan YB Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat sesudah berjemaah Maghrib.

Dijangkakan pada jam 8.20 malam bermulalah wacana yang berjudul The Liberator of Humanity oleh Encik Fariq Naik melalui slot Fariq’s Talk sebelum tiba ke acara kemuncak Intellectual Talk With Dr Zakir Naik (Happiness In The Qur’aan) pada jam 8.50 malam.

Bagi memudahkan pemahaman khalayak, pihak penganjur menyediakan penterjemah khas iaitu Cik Nur ‘Ain Samihah bt Mohd Nawawi, 20, siswi Diploma in English lepasan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Menurut Nur ‘Ain Samihah yang mengambil subjek terjemahan bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris selama dua semester di UPSI, beliau membuat persediaan awal untuk acara ini dengan mengulangkaji nota kuliah, memperbanyakkan menonton filem berbahasa Inggeris dan mengamati video ceramah Dr. Zakir Naik melalui You Tube untuk menserasikan pendengarannya dengan artikulasi penceramah ulung tersebut dan keluarganya.

“Sejujurnya saya bersyukur diberikan peluang yang saya anggap bagaikan bulan jatuh ke riba oleh pihak penganjur untuk berkhidmat kepada pejuang agama. Insya Allah saya akan sampaikan mesej terjemahan paling tepat dan tuntas serta pengalaman pertama ini akan saya manfaatkan sebaik mungkin”, ujarnya bersemangat.

“Maka, saya berharap semoga para cendekiawan dan anak muda Kelantan beramai-ramai menghadiri semua siri Jelajah Dakwah Dr Zakir Naik kerana peluang keemasan seperti ini amatah icemburui ramai orang. Saya juga berharap ramai lagi anak muda Kelantan sukarela membantu usaha-usaha dakwah negeri kita untuk meningkatkan kualiti anak muda”, katanya. – UPKN KELANTAN 4/8/2019

Sumber: https://www.facebook.com/upknkelantan/posts/2431214183779601

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment