Wajib pertahan kepimpinan ulama – pendakwah

webmaster

KERAJAAN Kelantan di bawah kepemimpinan ulama yang dibentuk 27 tahun lalu wajib dipertahankan umat Islam di negeri itu.

Selebriti dakwah, Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani berkata, walau dalam keadaan mana sekali pun Kelantan wajib dipertahankan agar tidak jatuh ke tangan musuh.

Katanya, rakyat Kelantan mesti istiqamah dengan perjuangan Islam jika tidak ingin menyesal di kemudian hari.

“Tidak ada sebab kerajaan Kelantan hari ini perlu ditolak kerana dasar dan perjuangannya tetap Membangun Bersama Islam.

“Kepimpinan Kelantan hari ini meneruskan agenda yang diasaskan almarhum Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” katanya ketika menyampaikan kuliah perdana sempena 27 tahun dasar Membangun Bersama Islam di Medan Ilmu hari ini.

Menurutnya dasar kerajaan negeri terus diperkemaskan dengan penambahbaikan untuk kesejahteraan rakyat.

Katanya, jika tidak ingin menyesal di kemudian hari terutamanya di akhirat, orang Islam hendaklah menyokong perjuangan Islam. – HARAKAHDAILY 20/10/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Dasar MBI diterima pelbagai kaum

KELANTAN berjaya mengubah dua perkara besar dalam pemikiran masyarakat dalam tempoh 27 tahun pentadbirannya. Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Abdullah, berkata pertama Kelantan telah berjaya membuktikan golongan ulama mampu memerintah. Kedua, dasar pentadbiran Kelantan Membangun Bersama Islam (MBI) berjaya diterima masyarakat pelbagai kaum di negeri itu. “Alhamdulillah setakat ini tidak […]

Subscribe US Now