Ucapan syabas dan tahniah kepada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) yang bertungkus lumus menyiapkan Pusat Latihan Mualaf yang bertempat di Mukim Kok Keli ini sebelum pada tempohnya. Bangunan Pusat Latihan Mualaf ini adalah sebuah fasiliti penginapan sementara untuk golongan mualaf atau saudara baru di Kelantan dan telah dibaik pulih pada nilai hampir RM370,000 melalui sumbangan Wakaf Muamalat (Wakaf MAIK Muamalat). Penghuni pusat ini akan diberi peluang untuk menginap sementara sehinggalah mereka dapat menyesuaikan diri sendiri dari segi pengetahuan agama dan sebagainya.
Atas tujuan itu, Bank Muamalat tampil menjadi penghubung kepada masyarakat untuk menunaikan hak-hak harta dengan berinfak atau berwakaf kepada mereka yang memerlukan. Usaha ini dilakukan menerusi kolaborasi bersama MAIK untuk kutipan dan pengurusan wakaf yang dikenali sebagai Wakaf MAIK Muamalat. Sehingga Februari 2020, kutipan Wakaf MAIK Muamalat telah mencecah hampir RM 2.1 juta. kutipan ini datangnya dari pelbagai saluran seperti sumbangan tetap kakitangan, sumbangan melalui kaunter Bank, perbankan internet, kod QR dan sebagainya. Lebih istimewa pihak Bank tidak mengenakan sebarang caj atas perkhidmatan wakaf ini. Pusat Latihan Mualaf adalah projek sulong Wakaf MAIK Muamalat dengan kos sebanyak RM 369,632.40 dan mengambil tempoh selama 2 tahun. Projek ini yang pertama disiapkan dibawah program MyWakaf, AIBIM.
Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam Tengku Aziz dalam ucapannya berkata, fasiliti yang sedia ada ini diharap dapat mengeratkan hubungan komuniti setempat dengan saudara baru serta dapat dimanfaatkan sepenuhnya dengan mengadakan aktiviti kebajikan dan bimbingan kepada saudara-saudara baru. Turut diadakan sumbangan KIT Harian kepada peserta Pusat Latihan Mualaf serta tayangan multimedia dan gimik persembahan. Jemputan istimewa dari adik Muhammad Qayyim Nizar Bin Sarima, Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan bagi memperdengarkan aluan ayat-ayat al-quran. Terdahulu, perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan Tan sri Dato’ Haji Mohamad Rizam Tengku Aziz merangkap pengerusi Jawatankuasa bersama Wakaf MAIK Muamalat. Turut hadir di majlis tersebut adalah barisan pengurusan MAIK serta pegawai-pegawai Bank Muamalat Malaysia Berhad.