Wakil rakyat kerja keras bantu mangsa banjir

webmaster

SEHINGGA jam 2 petang tadi seramai 13,399 mangsa banjir dipindahkan di seluruh Kelantan, di mana jajahan Pasir Mas mencatat bilangan paling ramai.

Menurut portal ebanjir.kelantan.gov.my. seramai 9,631 mangsa banjir dipindahkan di Pasir Mas yang turut meliputi Rantau Panjang.

Kedua paling ramai Tumpat yang mencatat bilangan mangsa seramai 2,589 orang. Manakala di Pasir Puteh pula seramai 828 orang.Kehadiran banjir yang bertandang setiap akhir tahun menyebabkan wakil-wakil rakyat terpaksa bekerja keras bagi membantu mangsa banjir.

Adun Meranti, Datuk Mohd Nassurudin Daud bersama petugas Majlis Tindakan Dun bekerja siang dan malam bagi memindahkan mangsa banjir yang terperangkap.

Menjelang solat Jumaat tadi beliau melawat mangsa banjir di Kampung Bakong dan menunaikan solat di kampung tersebut. Beliau juga menyampaikan khutbah Jumaat.

Beliau juga melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di Kampung Meranti, Lubuk Kawah dan Banggol Setol.

Manakala anggota parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof bersama Adun Bukit Tuku, Abdul Rasul Mohamed meredah kebun getah untuk mengagihkan bantuan banjir di Kampung Banggol Jering.

Katanya, laluan tersebut terpaksa dilalui memandangkan jalan biasa sudah terputus hubungan.

Di Gua Musang, Penyelia Parlimen kawasan berkenaan Ustaz Azman Ahmad turut melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi.

Beliau bersama Penyelia Dun Nenggiri, Syed Azhar Syed Alwi turut menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Jeram Tekoh.

Cuaca di Kota Bharu petang hujan sekali sekala lebat. Sinar matahari hampir seminggu tidak kelihatan. – HARAKAHDAILY 1/12/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kelantan: Jumlah mangsa banjir turun mendadak

BILANGAN mangsa di Kelantan turun dengan mendadak hari ini apabila cuaca mulai cerah dengan sinar matahari memancar sejak pagi semalam. Sehingga jam 5 petang ini jumlah mangsa banjir di seluruh Kelantan seramai 5,697 orang berbanding 13,159 orang petang Jumaat lepas. Silakan share jika bermanfaat....Facebook0TwitterPrint

Subscribe US Now