Wanita: Kementerian, Exco Kelantan belum runding

webmaster

KUALA LUMPUR: Belum ada sebarangan rundingan mahupun jemputan dibuat oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada Exco Kerajaan Negeri Kelantan berhubung dasar negara melibatkan kepentingan wanita dan keluarga, kata Ustazah Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang).

“Kita ucap terima kasih atas usaha kerajaan untuk menambah baik lagi terutama sudut dasar melibatkan wanita negara kita.

“Cuma saya mendapat makluman daripada Exco Kerajaan Negeri Kelantan bahawa tidak ada apa-apa lagi sebarang jemputan atau rundingaan yang dibuat daripada pihak kementerian dengan kerajaan negeri.

“Sejauh mana hubungan yang telah dibuat dengan pihak kerajaan negeri dan saya ingin tahu juga isu sosial yang melanda negara terutama isu berkaitan dengan institusi keluarga, isu LGBT, isu berkaitan keganasan rumah tangga semua ini menjadi barah yang merosakkan institusi keluarga,” ujarnya semasa mengemukakan soalan tambahan di Dewan Rakyat, hari ini.

Menjawab pertanyaan tersebut, Timbalan Menteri Wanita Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, pihak kementerian akan memanggil semua exco wanita dari seluruh negeri tanpa mengira kerajaan ataupun pembangkang.

Mengenai LGBT pula, kata Hannah akan dijawab oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Agama.

Ustazah Zailah dalam pertanyaan lisan meminta penjelasan terperinci berhubung penambahbaikan terhadap dasar negara melibatkan kepentingan wanita serta program baru yang sedang dirancang kementerian itu untuk melahirkan wanita Malaysia sejahtera.

Hannah berkata kementerian tersebut akan merencana dan menambah baik beberapa program dasar yang memberi impak yang positif dalam kehidupan antaranya ialah dengan menyediakan perkhidmatan kaunseling, serta memperbanyakkan program klinik guaman, klinik distres dan program wanita anti jenayah selain melaksanakan kempen menangani keganasan. – HARAKAHDAILY 23/7/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kahwini kanak-kanak perlu penyelesaian holistik

MUTAKHIR ini, isu perkahwinan di bawah umur hangat diperbincangkan oleh masyarakat. Saya secara peribadi amat berhati-hati apabila membincangkan isu ini kerana ia berkait rapat dengan isu budaya, agama dan yang paling penting penyakit masyarakat yang tidak mungkin mampu diselesaikan melalui penguatkuasaan undang-undang semata. Semasa menghadiri forum “Child Marriage Study : Analysis […]

Subscribe US Now