Wanita pemandu rasmi anggota Exco

webmaster

KOTA BHARU: Kelainan demi kelainan yang ditemui di Kelantan, kali ini ditampil pula pemandu rasmi kenderaan kerajaan negeri seorang wanita.

Wan Siti Nur Nazihah Wan Yusof, 27 merupakan pemandu anggota Exco kerajaan negeri, Mumtaz Md Nawi.

Beliau mulai memikul tanggugjawab itu bermula 3 Januari lalu menggantikan pemandu sebelum ini, Kamarul Anwar Ismail yang juga bapa saudara Mumtaz.

Sebelum ini Nur Nazihah berpengalaman sebagai pemandu bas sekolah selama tiga tahun. Beliau juga sukarelawan Polis DiRaja Malaysia.

“Pada peringkat awal saya menolak tawaran itu, tetapi setelah dinasihati beberapa pihak termasuk restu ibu dan ayah akhirnya saya menerima tanggungjawab itu,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya tugas tersebut begitu mencabar lebih-lebih lagi sebagai pemandu kereta rasmi kerajaan negeri.

Nur Nazihah berpakaian seragam berseluar hitam, baju putih, sarung tangan, vest, sarung kaki, tudung dan kasut hitam. Beliau memulakan tugas jam 7.30 pagi setiap hari.

Mumtaz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan berkata beliau terpaksa memohon mengambil pemandu wanita bagi memudahkan urusannya.

Katanya, sebelum ini bapa saudaranya bertugas sebagai pemandunya namun sekarang menumpu perniagaannya. – HARAKAHDAILY 12/1/2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

3,000 pelajar terima sumbangan beg

RANTAU PANJANG – Seramai 3,000 pelajar sekolah agama arab di seluruh Rantau Panjang menerima sumbangan beg sekolah, semalam Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, Bantuan yang sama disampaikan kepada kanak-kanak di 22 pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), bertujuan ” bagi mengurangkan beban keluarga, bantua seragam Sekolah disampaikan […]

Subscribe US Now