WAKAF BHARU – Seramai 130 peserta terdiri daripada warga emas diraikan dalam Majlis Sambutan Hari Warga Emas bersama Assabiqun peringkat DUN Wakaf Bharu 2023, semalam.
Majlis yang diadakan di Wisma Purnama, Pusat Khidmat DUN (PKD) Wakaf Bharu dimulakan dengan ceramah oleh Pengubal Buku Panduan Keluarga Mawaddah, Mazidah Muhammad dan ceramah kesihatan oleh Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Pengkalan Kubor, Dr Nor Azura Ismail@Yaakub.
Dalam ucapannya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Bharu, YB Mohd Rusli Abdullah menyatakan, kerajaan negeri tetap menghargai warga emas atas sumbangan mereka sebelumnya ini khususnya pada bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini.
Dalam majlis tersebut, beliau dan isteri turut menyampaikan sumbangan untuk para peserta.
Ikuti berita selanjutnya dalam Buletin Darulnaim.
#ViraliyatBerita1ptg