Warga emas terima takaful RM79 juta

webmaster

SEJAK Skim Takaful Warga Emas diperkenalkan pada 2007 sehingga sehingga akhir Mac lepas lebih RM79 juta dibayar kepada keluarga pencarum.

Pegawai Eksekutif Pemasaran Syarikat Kifaalah Sdn Bhd, Mohd Hafiz Husin berkata, jumlah itu melibatkan seramai 45,748 penerima (wasi keluarga warga emas).

Menurutnya, sehingga 31 Mac lalu seramai 161,204 warga emas mendaftar sebagai peserta Skim Takaful Kifaalah.

“Dalam tempoh setahun sahaja, kita mencatat purata pendaftaran warga emas antara 4,300 hingga 4,400 orang bagi membolehkan menerima pampasan RM1,500.

“Syarat penerima usia 60 tahun ke atas, mengundi serta tinggal di Kelantan dengan pendaftaran percuma,” katanya pada taklimat sempena kuliah bulanan wanita Kompleks Balai Islam Lundang, Kota Bharu.

Kifaalah Sdn Bhd ditubuhkan pada 28 Mac 2007 menjadi penggerak program Skim Takaful Kifaalah Warga Emas. Dimiliki sepenuhnya Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Kuliah bulanan itu mengentengahkan slot “Anda Tanya Mufti Jawab’. – HARAKAHDAILY 30/5/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sihhat Afiat tingkat pengeluaran air mineral

AIR mineral keluaran Sihhat Afiat Sdn Bhd yang disedut di bawah bumi di Banjaran Titiwangsa kini semakin dikenali ramai. Airnya bermutu tinggi dan bersih memandangkan kedudukannya jauh daripada perkampungan. Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan, Mejar (B) Dato’ Md Anizam  Abd Rahman berkata, air mineral keluaran Sihhat mempunyai kualiti yang […]

Subscribe US Now