Warga emas usia 70 tahun dirai di Kelantan

webmaster

PENGKALAN CHEPA: Warga emas di Kelantan yang berusia 70 tahun ke atas diraikan kerajaan negeri pda program Mesra Kasih Warga Berlian.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Mumtaz Md Nawi berkata, menyantuni warga emas merupakan sebahagian program kebajikan di bawah kerajaan negeri.

“Kita sedar anak-anak diuji dengan pelbagai perkara menjaga ibu bapa atau mertua yang sakit.

“Kadang-kadang berhadapan pula dengan sikap ibu atau mentua yang dijaga itu banyak kerenah,” katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama warga emas di Rumah Seri Kenangan Kemumin, di sini hari ini.

Seramai 101 warga emas lelaki dan perempuan mendiami rumah kebajikan terbabit.

Turut hadir Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Said Sidup, Pegawai Pembangunan Masyarakat, Muhammad Mat Nor dan Pengarah Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Zainiah Abdul Halim. – HARAKAHDAILY 5/4/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Pakar Qiraat yakin Kelantan kekal di bawah ulama

KOTA BHARU: Ketua Bahagian Iqra’ dan Qiraat di Pertubuhan Natadabbarah Makkah al-Mukarramah di Arab Saudi, Syeikh Hisham Abdel Bari yakin kerajaan Kelantan kekal di bawah kepimpinan ulama. “Saya mahu memberitahu berita gembira kepada kepimpinan kerajaan negeri dan rakyat Kelantan bahawa pemerintahan ini terus kekal di bawah pemerintahan yang ada sekarang. […]

Subscribe US Now