Waspada jangkitan virus Zika di Kelantan

webmaster

Jabatan Kesihatan Kelantan menasihati orang ramai di negeri ini agar memberi perhatian terhadap aspek pencegahan penularan jangkitan virus ZikaJELI – Jabatan Kesihatan Kelantan menasihati orang ramai di negeri ini agar memberi perhatian terhadap aspek pencegahan penularan jangkitan virus Zika.

Pengarahnya, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata, ini termasuk mereka yang berkunjung ke negara jiran seperti Thailand yang dilaporkan terdapat kes berkenaan.

“Walaupun masyarakat tahu nyamuk dan gigitan nyamuk terdapat di mana-mana, jika mereka memberi perhatian terhadap aspek perlindungan diri seperti memakai baju lengan panjang, tudung dan perlindungan lain, jangkitan tersebut dapat diatasi,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2016 peringkat Kelantan dan Kem ‘I Want’ peringkat daerah Jeli di Dataran Jeli di sini, hari ini.

Dr Ahmad Razin berkata setakat ini, pihaknya belum menerima laporan berkaitan kes Zika di negeri ini.

“Kempen dan program membersihkan tempat pembiakan nyamuk Aedes perlu diteruskan dan melibatkan seluruh masyarakat,” katanya.

Mengenai kes demam denggi di Kelantan tahun ini, Dr Ahmad Razin berkata, orang ramai juga perlu memberi perhatian serius kerana sejak Januari hingga hari ini, terdapat tujuh kematian dilaporkan akibat denggi berbanding enam kematian sepanjang tahun lalu.

“Jumlah kes denggi pula sehingga awal bulan ini (September), terdapat 3,829 kes dilaporkan di seluruh negeri ini berbanding 1,876 kes dalam tempoh sama tahun lepas,” katanya. – BERNAMA 18 SEPTEMBER 2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Setpol jawab tuduhan Husam

KENYATAAN MEDIA SETIAUSAHA POLITIK KEPADA YAB MENTERI BESAR KELANTAN 1. Saya ingin merujuk kepada kenyataan yang telah dikeluarkan oleh YB Dato’ Haji Husam Musa dalam satu sesi ceramah yang telah diadakan pada 16 September 2016. Beliau telah membuat beberapa tuduhan terhadap YAB Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Kelantan. 2. Saya […]

Subscribe US Now