Wayang pacak di Festival Kelantan 2017

webmaster

TAYANGAN wayang pacak yang memaparkan cerita-cerita pendek berkaitan budaya masyarakat tempatan akan diketengahkan sempena Festival Kelantan 2017.

Selain itu pameran Malaysia Comics And Collectables Fair, persembahan kebudayaan, permainan dan sukan ekstrem dan jualan makanan.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abd Rahman berkata, program berkenaan merupakan usaha kerajaan negeri menarik pelancong ke Kelantan.

“Setiap kali festival Kelantan diadakan dianggar seramai 20,000 sehingga 30,000 orang hadir pada festival tersebut,” katanya di sini semalam.

Turut pada sidang media berkenaan, Pengarah Tourism Malaysia Kelantan, Hafiz Hazin dan Ketua Penolong Pengarah Korporat Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Azman Md Dahan.

Festival yanga berlangsung selama 10 hari itu diadakan bermula 28 September sehingga 7 Oktober 2017, dibuka 10 pagi sehingga 11 malam. Ia akan diadakan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV. – HARAKAHDAILY 21/9/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Perutusan MB Kelantan sempena tahun Hijri 1439

PERUTUSAN YAB USTAZ DATO’ BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTAN SEMPENA AWAL TAHUN BARU HIJRI 1439 DAN SAMBUTAN HIJRATUL RASUL Firman Allah S.W.T: وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ ۖ وَسَتُرَدُّونَ إِلَىٰ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ Maksudnya: “Katakanlah (Wahai Muhammad); beramallah kamu, nescaya Allah akan melihat apa […]

Subscribe US Now