Waytha dituntut mohon maaf, tarik kenyataan

webmaster

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Waytha Moorthy Ponnusamy dituntut meminta maaf dan menarik balik kenyataan beliau yang memburukkan maruah Malaysia di mata dunia, demikian gesa Ustazah Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS – Rantau Panjang).

Menurutnya, sejak video klip Menteri itu tersebar hingga ke hari ini, Waytha belum lagi mengemukakan permohonan maaf secara rasmi di Dewan Rakyat kepada rakyat dan Kerajaan Malaysia.

“Saya inginkan Menteri berkenaan minta maaf dan tarik balik di atas kenyataan beliau memburukkan Malaysia dalam isu kemanusiaan dengan menuduh tuduhan yang bohong dan yang tidak betul. Ini menjatuhkan maruah Malaysia di mata dunia.

“Jadi setakat ini tidak ada lagi permohonan maaf secara rasmi di dalam Dewan ini kepada rakyat Malaysia dan Kerajaan Malaysia. Jadi saya harap Menteri berkenaan hendaklah menarik balik dan memohon maaf tidak cukup dengan Perdana Menteri mengatakan dia sudah berubah,” tegas beliau.

Siti Zailah dalam perbahasannya itu turut menyatakan ketidakyakinannya terhadap isu ICERD berikutan tiada penjelasan dan penegasan yang benar-benar menjamin dan meyakinkan daripada pihak Kerajaan PH.

Kerana bidasnya, janji Manifesto PH pun boleh dijawab sebagai bukan kitab suci, apatah lagi janji untuk tidak menandatangani konvensyen tersebut mungkin boleh berubah selepas ini, sedangkan perkara itu akan beri kesan sangat besar.

Kebimbangan disuarakan beliau ketika perbahasan itu turut cuba ‘diganggu’ dengan celahan daripada Wong Shu Qi (PH – Kluang), Wong Kah Woh (PH – Ipoh Timur), Maria Chin Abdullah (PH – Petaling Jaya) dan Kasthuriraani Patto (PH – Batu Kawan). – HARAKAHDAILY 27/11/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8897-waytha-dituntut-mohon-maaf-tarik-kenyataan

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sukan wasilah praktik ajaran agama

KOTA BHARU: Sebagai seorang Islam kita perlu menjadikan sukan sebagai wasilah bagi memastikan ajaran agama dipatuhi. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, menutup aurat wajib dipatuhi walaupun susah untuk dilaksanakan. “Setidak-tidaknya kita kena berusaha ke arah itu dan bukannya menolak tanpa melihat asasnya kerana ada […]

Subscribe US Now