WEF2020: Malaysia perlu angkat isu kelestarian alam

webmaster

oleh Che Abdullah Mat Nawi

FORUM Ekonomi Dunia 2020 (WEF2020) yang sedang berlangsung di Davos, Switzerland menyaksikan isu-isu perubahan iklim dan alam sekitar diangkat menjadi fokus utama perbincangan pemimpin-pemimpin global.

Berdasarkan laporan risiko tahunan WEF, isu-isu alam sekitar mendapat tempat di antara beberapa isu-isu penting yang boleh memberi impak kepada dekad seterusnya. Antaranya adalah berkenaan cuaca ekstrem (extreme weather), kegagalan mitigasi dan adaptasi terhadap perubahan iklim (climate change) dan kerosakan alam sekitar buatan manusia (hand-made environmental damage).

Selain itu, WEF2020 juga menyaksikan penampilan beberapa anak muda global yang menjadi pejuang isu kelestarian alam sekitar seperti Greta Thunberg yang menjadi inspirasi anak muda seluruh dunia selain mempelopori gerakan perubahan iklim di peringkat sekolah.

Melihat perkembangan yang baik di peringkat global, maka sewajarnya Kerajaan Malaysia turut mengambil inisiatif yang lebih proaktif dalam memperjuangkan isu-isu perubahan iklim dan alam sekitar secara lebih serius.

Seharusnya tragedi berganda yang pernah menimpa Sungai Kim-kim dijadikan pengajaran yang besar kepada semua pihak supaya tidak mengambil mudah ancaman alam sekitar disebabkan buatan tangan manusia yang tamak mengejar keuntungan.

Langkah penguatkuasaan yang tegas serta penggubalan undang-undang yang mempunyai unsur cegah rintang (deterrent) yang berkesan perlu diperhalusi dengan mendalam.

Sehubungan itu, saya menggesa supaya agenda perubahan iklim ini didedahkan kepada golongan muda melalui sistem pendidikan negara. Hal ini demikian supaya peringkat akar umbi lebih terdidik untuk menjaga kelestarian alam sekitar selain pendedahan awal kepada mereka dalam isu yang bakal menjadi perhatian utama pada masa akan datang.

Tambahan lagi, Malaysia juga perlu menyediakan langkah komprehensif terhadap mitigasi dan adaptasi perubahan iklim yang sedang melanda dunia hari ini. Sudah sampai masanya agenda tersebut dijadikan agenda utama negara demi kelestarian dan keselesaan generasi akan datang.

Sekian.

“Islam Memimpin Perubahan”

DATO’ HJ CHE ABDULLAH MAT NAWI
Ahli Parlimen Tumpat
21 Januari 2020M bersamaan 26 Jamadil Awwal 1441H – HARAKAHDAILY 21/1/2020

Sumber: https://harakahdaily.net/index.php/2020/01/21/wef2020-malaysia-perlu-angkat-isu-kelestarian-alam/

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

50K? KENAPA TIDAK LEBIH LAGI

Selaku wakil rakyat biasa seperti saya, terasa juga terpanggil untuk berkongsi sama tentang apa yang diperkatakan oleh ramai natizen dan orang ramai tentang pemberian khas 50K daripada kerajaan negeri kepada exco-exco. Saya amat bersyukur dan beterima kasih kerana kerajaan negeri telah meluluskan pemberian khas ini kepada exco-exco sepertimana kebiasaan exco […]

Subscribe US Now