Yakin anjur motivasi pelajar duduki peperiksaan

PELAJAR bakal menduduki peperiksaan perlu sematkan dalam diri mereka detik-detik yang dilalui sekarang begitu penting ke arah mencorak masa hadapan mereka.

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, jadikan tahun peperiksaan sebagai tarikh penting dalam kehidupan setiap pelajar.

Katanya, apabila iltizam itu dilakukan ia akan meninggalkan kesan yang hebat terhadap diri setiap pelajar.

“Seorang cikgu saya pernah memesan sedemikian kepada kami ketika mahu menghadapi peperiksaan. Jadikan tahun ini sebagai tahun yang paling penting dalam sejarah hidup kita.

“Apabila kita sematkan perasaan itu, insyaAllah kita akan sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan,” katanya ketika merasmikan Motivasi Perdana Pecutan Terakhir untuk calon-calon Peperiksaan PT3, SMU, SPM & STAM di Tumpat, semalam.

Program motivasi itu dianjur Yayasan Kelantan Darul Naim (Yakin) dengan kerjasama Khalifa Legacy Training & Consultancy.

Motivasi dikendalikan Daie Faizal atau nama sebenarnya Che Faizal Amir bin Che Mat. Seramai 500 pelajar Yayasan Islam Kelantan menghadiri program itu.

Hadir sama Penolong Pengarah Pinjaman, Biasiswa dan Bantuan Yakin, Roasfanizam Din. – HARAKAHDAILY 7/9/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterPrint this page

Add Comment