Yang di-Pertuan Agong Perkenan Gaji Baginda Dipotong 10%

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V perkenan agar peruntukan gaji dan emolumen baginda dikurangkan sebanyak 10 peratus sepanjang tempoh pemerintahan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong iaitu sehingga tahun 2021.

Baginda bertitah untuk tidak mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Istana Negara pada tahun ini. 

Dalam satu kenyataan Istana, baginda bertitah, anggaran peruntukan kewangan untuk Majlis Rumah Terbuka tersebut sepatutnya digunakan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Baginda bertitah tindakan itu diambil selepas baginda prihatin terhadap hutang negara dan keadaan ekonomi negara.

Baginda juga tersentuh dan menzahirkan ucapan penghargaan serta terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah bermurah hati menyumbang kepada Tabung Harapn yang telah diwujudkan kerajaan baru – baru ini. FB BULETIN TV3 11/6/2018

Sumber: FB Buletin TV3

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
47Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment