YIK CATAT PENCAPAIAN TERBAIK SEPANJANG TAHUN 2022

KOTA BHARU – Sepanjang tahun 2022, menyaksikan Yayasan Islam Kelantan (YIK) mencatat pencapaian terbaik apabila berjaya melahirkan 219 huffaz, menjadikan jumlah keseluruhan 4496 penghafaz al-Quran.

Pecahan jumlah tersebut ialah 3018 hafiz dan 1478 hafizah dilahirkan daripada Maahad Tahfiz YIK.

Menteri besar YAB Ustaz Dato’ Ahmad Yakob pada Majlis Pengurniaan Hadiah Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan berkata, sebagai tanda sokongan untuk menyemarakkan lagi budaya pembelajaran dan penghayatan al-Quran kepada masyarakat, Kerajaan Negeri juga telah melantik dan memberi insentif elaun kepada 2,700 guru al-Quran di seluruh Kelantan.

YIK juga telah melaksanakan Wakaf Pendidikan MAIK-YIK bertujuan menambah baik insfrastruktur dan fasiliti. Bagi menjamin keperluan Pendidikan dan kelesaan dari segi prasarana SMU (A) Tarbiah Mardiah Panchor telah dinaik taraf kepada Maahad Tarbiah Mardhiah menjadikan YIK mempunyai 29 buah sekolah berstatus Maahad.

Dengan pembukaan cawangan rangkaian makanan segera Subway YIK pada 16 ogos 2022 bersebelahan stesen minyak BHP Tunjong, premis itu berperanan sebagai sebahagian daripada aktiviti YIK bagi menjana sumber hasil baharu dengan anggaran keuntungan yang berpatutan.

Tahun 2022, YIK melakar kejayaan bukan sahaja unggul dalam pencapaian akademik dan kegiatan ko-kurikulum bahkan turut cemerlang dalam acara sukan di peringkat negeri dan kebangsaan.

YIK muncul johan keseluruhan dalam Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Agama Islam (KESSUMA) yang berlangsung di Kompleks Sukan Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang dan pada masa sama, dinobatkan juara Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) 2022.

Selain itu, aktiviti sukan seperti Mahrajan Memanah Recurve Kebangsaan (MESMA) yang diadakan di Universiti Teknologi Malaysia Skudai. Seterusnya YIK mendapat tempat kedua dan ketiga dalam pertandingan Mahrajan Tradisional Kebangsaan di Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Seperti sebelum ini, bermula dari tahun 2009, YIK berjaya mengekalkan rekod bersih dengan memperolehi Sijil Pencapaian Audit Bersih.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita4ptg

Pautan: YIK CATAT PENCAPAIAN TERBAIK SEPANJANG TAHUN 2022

(Visited 3 times, 1 visits today)

Add Comment