Yik sedia urus Maahad Darul Anuar

KOTA BHARU: Yayasan Islam Kelantan (Yik) bersetuju mengambil alih pengurusan Maahad Darul Anuar (Mada) Pulau Melaka bagi memenuhi hasrat keluarga Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Teknologi Maklumat negeri, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, ia juga sebagai memenuhi hasrat pihak yang mewakafkan tanah untuk sekolah berkenaan.

Katanya, organisasi keluarga Nikmatillah bersama-sama pemilik tanah ada bertemu Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob.

“Mereka menyampaikan hasrat supaya kerajaan Kelantan melalui Yayasan Islam Kelantan mengambil alih Mada di atas beberapa sebab,” ujarnya ketika ditemui di sini.

Mada sebelum ini pernah diurus di bawah Yik, bagaimanapun diserah kepada keluarga Tok Guru atas permintaan keluarga terbabit.

Sejak penyerahan itu Mada diurus seorang anak bekas Menteri Besar iaitu Ustaz Nik Omar. Malangnya bilangan pelajar semakin merosot, jauh berbeza ketika diurus di bawah Yik.

Pada Pilihan Raya Umum lepas Nik Omar bertanding atas tiket Parti Amanah Negara (PAN). – HARAKAHDAILY 8/10/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8329-yik-sedia-urus-maahad-darul-anuar

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
365Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment