Yik usaha kembali kegemilangan Mada

KOTA BHARU: Yayasan Islam Kelantan (Yik) diberi tanggungjawab mengurus Maahad Darul Anuar (Mada) di Pulau Melaka bagi mengembalikan kegemilangan sekolah terbabit.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Tekonologi Maklumat Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, usaha yang dibuat Keluarga Besar Nikmatillah untuk mencapai matlamat tersebut.

Katanya, pengambilan itu bukan untuk kepentingan mana-mana pihak sebaliknya bagi menyediakan pendidikan kepada rakyat.

“Mada dibina sebahagiannya secara wakaf untuk tujuan pendidikan oleh beberapa individu dan orang ramai.

“Apabila ditukar kepada sekolah yang dikenakan bayaran tentunya penderma dan pewakaf melahirkan rasa tidak puas hati,” katanya di sini.

Baru-baru ini Yik menerima permohonan Keluarga Besar Nikmatillah yang bertanggungjawab ke atas sekolah tersebut untuk diurus selepas perkembangannya semakin malap.

Bagaimanapun usaha pertubuhan tersebut menyerah kepada Yik tidak disenangi pentadbir Mada sekarang yang diketuai Nik Omar Nik Abdul Aziz. – HARAKAHDAILY 12/12/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/9084-yik-usaha-kembali-kegemilangan-mada

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment