Zakat fitrah Kelantan kekal RM7

KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menetapkan kadar bayaran zakat fitrah di Kelantan tahun ini kekal sebanyak RM7.

Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi berkata, seramai 651 amil terdiri daripada imam masjid, pegawai agama di kem tentera, balai polis dan pusat tahanan telah dilantik untuk memungut zakat fitrah.

“Kutipan zakat fitrah tahun ini dijangkakan sebanyak RM8.4 juta berbanding RM8.3 juta tahun lepas (2016) iaitu peningkatan sebanyak satu peratus,” katanya dalam kenyataan  hari ini.

Nik Mohd Azlan berkata bagi kutipan zakat harta pula, MAIK menyasarkan kutipan sebanyak RM166.6 juta tahun ini berbanding tahun lepas (2016) sebanyak RM154.3 juta.

Beliau berkata kaunter bayaran zakat MAIK di Kompleks Islam Darulnaim, Balai Islam di sini akan dibuka setiap hari sepanjang bulan Ramadan bermula 27 Mei sehingga 24 Jun.

Pembayaran zakat juga boleh dibuat melalui beberapa bank yang dilantik oleh Maik selain kaunter mini pungutan zakat yang diwujudkan termasuk di masjid utama daerah seluruh negeri ini. – Bernama

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment