Zakir Naik sah hadir

Penganjuran Ijtimak Perpaduan Ummah Kali Ke-4 (Rantau Asia) di Kota Bharu, Kelantan akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran tokoh pendakwah dunia, Dr. Zakir Naik yang telah membuat pengesahan kehadiran.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi program, Ustaz Dato’ Haji Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga merupakan Timbalan Presiden PAS. Tambah Ustaz Tuan, sebanyak 23 buah negara telah mengesahkan kehadiran serta 70 buah NGO dari seluruh dunia.

Selain Zakir Naik, beberapa nama besar seperti Abdul Ghafar Aziz dari Pakistan, Ketua Umum Dewan Dakwah Indonesia, Dr. Muhammad Sidek, Saadat Hussain dan Dr. Redhwan dari India turut tersenarai dalam pengesahan kehadiran.

Ijtimak yang akan bermula pada 20 sehingga 22 Julai ini dijangka dibanjiri 100 ribu pengunjung dari seluruh negara.

Maklumat lanjut layari www.ijtimak.asia

#ijtimak
#IAPU
#ijtimakkelantan2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterPrint this page

Add Comment