Zon Industri Akuakultur di Danau Tok Uban

webmaster

PASIR MAS: Danau Tok Uban seluas 607 hektar akan dijadikan sebagai Zon Industri Akuakultur (ZIA) dengan bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan.

Ustaz Tuan Saripudin Tuan Ismail menyerah benih ikan kepada penternakPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar negeri, Ustaz Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, cadangan pembangunan tasik tersebut akan dilengkapi fasiliti sesuai dengan zon industri akuakultur.

Selain itu membaiki surau sedia ada, membina tandas dan dewan bagi kemudahan pelancong.

“Cadangan sama turut diangkat kepada kementerian bagi membantu penduduk yang berminat untuk memajukan tasik sebagai pusat pelancongan agro,” katanya ketika mengadakan pertemuan dengan 35 penternak di Danau Tok Uban semalam.

Pada kunjungan itu beliau juga menyerah benih ikan kepada penternak ikan air tawar di Danau Tok Uban.

Turut hadir Ketua Jajahan Pasir Mas Mohd Anis Bin Hussein; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan (PKPNK) Engku Rajhan Engku Ismail dan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Kamal Mustapha. – HARAKAHDAILY 5/3/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10017-zon-industri-akuakultur-di-danau-tok-uban

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

RM150,000 jaya program ‘Dapur Hijau’

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan memperuntukkan sejumlah RM150,000 untuk menjayakan program ‘Dapur Hijau’ di seluruh negeri tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar Ustaz Tuan Saripudin Tuan Ismail berkata, peruntukan itu melibatkan kit Dapur Hijau bernilai RM65 seorang. Katanya, memandangkan program berkenaan mendapat sambutan, jumlah […]
Ustaz Tuan Saripudin menyampaikan hadiah kepada pemenang Dapur Hijau antara Dun

Subscribe US Now