100 KELUARGA KAUM SIAM TERKESAN BANJIR TERIMA SUMBANGAN

TUMPAT – Seramai 100 keluarga kaum Siam yang terkesan banjir terima sumbangan bakul makanan yang diadakan di rumah Penghulu Tanpa Mukim Kaum Siam, Cham Roen, semalam.

Sumbangan disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelaboran, YB Mohd Adanan Hassan yang turut disaksikan oleh Cham Roen.

Keluarga yang terbabit adalah yang tinggal di Kampung Gelam Kechik, Kampung Juma, Kampung Terbak dan Kampung Dalam.

YB Mohd Adanan berharap dengan sumbangan ini akan dapat meringankan bebanan keluarga penerima yang terkesan dengan bencana banjir baru-baru ini.

Ikuti berita selanjutnya dalam Buletin Darulnaim.

ViraliyatBerita1ptg

Pautan: 100 KELUARGA KAUM SIAM TERKESAN BANJIR TERIMA SUMBANGAN

(Visited 9 times, 1 visits today)

Add Comment