100 PELAJAR KE IPT TERIMA SUMBANGAN KERAJAAN NEGERI

KOTA BHARU – Seramai 100 orang pelajar menerima sumbangan bantuan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) kerajaan negeri di Pusat Khidmat DUN (PKD) Bunut Payong, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bunut Payong, YB Dr Ramli Mamat menyampaikan sumbangan tersebut yang membabitkan pelajar dalam kawasan DUN Bunut Payong.

Turut hadir, Ketua Pegawai Tadbir PKD Bunut Payong, Shaari Mat Yaman dan Penolong Pegawai Tadbir, Muhammad Faris Basir.

Sewaktu ditemui, YB Dr Ramli merakamkan ucapan tahniah kepada para pelajar dan menasihati mereka supaya menggunakan sebaik-baiknya peluang sewaktu di menara gading untuk kebaikan masa depan.

Ikuti berita selanjutnya dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita9pg

Pautan: 100 PELAJAR KE IPT TERIMA SUMBANGAN KERAJAAN NEGERI

(Visited 9 times, 2 visits today)

Add Comment