KOTA BHARU – Seramai 50 individu dipanggil untuk siasatan berhubung penyelewengan bantuan ubah suai rumah mangsa banjir bernilai RM 330,000.
Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) negeri Datuk Abd Aziz Aban berkata, penyelewengan berkenaan melibatkan bantuan ubah suai 411 rumah mangsa di Tanah Merah.
“Kita juga turut menyiasat enam kontraktor dan sembilan subktrantor apabila didapati hanya menggunakan RM 550,000 dari jumlah sebenar RM 880,00 untuk baikpulih rumah dan wang selebihnya diserahkan kepada pihak ketiga.
“Ekoran penyelewanan itu,SPRM turut menyita wang sebanyak RM 225,000 dalam satu akauan serta RM 100,000 wang tunai daripada pihak ketiga,”katanya.
Abd. Aziz berkata, seorang lelaki berusia 52 tahun ditahan pada 4 Mac lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. [SINAR HARIAN]