150 PEMAIN BERSAING LIGA PENALTI KOMUNITI BEREK 12

KOTA BHARU – Seramai 150 pemain terbabit dalam saingan liga penalti pada Kejohanan Liga Penalti Komuniti Berek 12 yang diadakan di Padang Sekolah Kebangsaan Sri Bemban, semalam.

Program tersebut anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Berek 12 dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kota Bharu.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Mas, YB Rohani Ibrahim, penganjuran program seperti itu dapat mengeratkan kerjasama antara anak-anak muda selain membendung mereka daripada terjebak dengan gejala dadah dan maksiat.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah AADK, Dato’ Dr Muhammad Sade, Presiden Persatuan Ayahanda Anakanda Malaysia (PAAK), Dato’ Seri Suzainal Adnan Sukri, Pengarah AADK Negeri Kelantan, Rohayu Ahmad.

Ikuti berita selanjutnya dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita4ptg

Sumber

(Visited 12 times, 1 visits today)

Add Comment