18,022 RAKYAT PASIR MAS SUDAH DIVAKSINASI

webmaster

oleh Norzana Razaly

PASIR MAS, 9 Jun: Ahli Parlimen Pasir Mas, YB Ahmad Fadhli Shaari mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada 13,182 warga Pasir Mas yang sudah pun menerima dos pertama manakala 3,840 lagi telah lengkap dua dos sempena Program Imunisasi COVID-19 bagi jajahan Pasir Mas.

“Sejak beroperasi pada 26 April lalu, 18,022 rakyat Pasir Mas telah menyertainya termasuk seribu orang hari ini”, katanya ketika meninjau proses vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), di Dewan Utama Kompleks Apam Putra, pagi tadi.

PPV Jajahan Pasir Mas tersebut menjalankan maksimum 1200 suntikan sehari di bawah penyelarasan Dr Shahidawati Setapa.

Menurut beliau lagi, selain warga emas, petugas barisan harapan dan penjawat awam, sebahagian daripada pentakmir masjid, penghulu dan guru Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang bermastautin di Pasir Mas juga telah divaksinasi.

“Kita amat menghargai kerjasama dan komitmen petugas barisan hadapan yang berusaha membuat panggilan peringatan sehari awal sebelum tarikh vaksinasi. Khidmat ini amat berkesan dalam meningkatkan kehadiran penerima vaksin sehingga 80 peratus setiap hari bagi yang tiada keuzuran.

Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pasir Mas juga menyediakan kenderaan bagi memudahkan masyarakat datang menerima suntikan vaksin COVID-19 di sini dan kita harapkan kehadiran terus meningkat seratus peratus ”, tambahnya.

#ViraliyatBerita2ptg

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

YIK SEDIAKAN PELAN BERSEPADU LAKSANAKAN PDPR

oleh Norzana Razaly KOTA BHARU, 9 Jun: Yayasan Islam Kelantan (YIK) menyediakan pelan bersepadu merangkumi kaedah penyampaian silibus, kecekapan guru, kesediaan pelajar dan pemantauan kenaziran serta pembabitan ibu bapa secara atas talian bagi mencapai matlamat Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bermula 14 Jun hingga 17 Julai ini. Pengarahnya, Engku […]

Subscribe US Now