25 ORANG PENARIK BECA TERIMA SUMBANGAN AIDILFITRI

webmaster

oleh Che Maziah Mat

KOTA BHARU, 12 Mei: Seramai 25 orang penarik beca menerima sumbangan sempena Aidilfitri bagi meringankan beban mereka menjelang Syawal ini.

Sumbangan wang tunai sebanyak RM600 dan bakul makanan yang bernilai RM70 itu disumbangkan oleh kerajaan negeri melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC).

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, YB Mejar (B) Dato’ Md Anizam Ab Rahman berkata, sumbangan itu diadakan setiap tahun bagi membantu meringankan beban penarik beca yang majoritinya sudah berusia.

“Mengayuh beca adalah pekerjaan yang tertua di negeri ini, malah ada pengayuh yang telah mencecah usia 85 tahun,” katanya pada majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri tersebut.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kelantan agih RM600 kepada penarik beca

Kelantan agih Bantuan Sara Hidup bayaran pertama RM600 serta Bakul Aidilfitri kepada penarik beca. Silakan share jika bermanfaat.... Facebook 0 Twitter Print

Subscribe US Now