30 Hadiah Umrah Untuk Pengunjung Pameran

Orang ramai yang mengunjungi Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Sahabat R.A di Muzium Negeri, di sini berpeluang memenangi pakej umrah dan al-Quran digital.

Pameran itu yang akan berlangsung 5 Oktober sehingga 30 November, menawarkan hadiah berkenaan secara cabutan bertuah kepada pengunjung terpilih.

30 pakej umrah untuk orang dewasa disediakan dan 200 unit al-Quran digital untuk kanak-kanak berumur bawah 12 tahun.

Nilai keseluruhan hadiah ini hampir RM300,000 yang disediakan Perbadanan Muzium Negeri Kelantan (PMNK) dengan kerjasama Hidayah Event Sdn Bhd.

Sempena pameran ini, Orang ramai boleh melihat pelbagai artifak yang pertama kali dihimpunkan dalam jumlah yang banyak dan peluang ini jarang sekali dapat diperolehi di negara ini.

Harga tiket adalah RM10 bagi orang dewan dan RM utk pelajar.
Barangan lain bakal dipamerkan adalah kain Kiswah Kaabah, ayat al-Quran yang dipahat pada kepingan emas berusia lebih 700 tahun, kunci Kaabah, peralatan astronomi dan kunci makam Rasulullah.

Kredit video: RTV Kelantan

(Visited 7 times, 1 visits today)

Add Comment