45 PASUKAN BERENTAP REBUT PIALA MB KELANTAN 2022

TUMPAT – Sebanyak 45 pasukan bola sepak akan berentap merebut piala Menteri Besar, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob pada Kejohanan Piala MB Kelantan 2022 bermula 6 Januari hingga 24 Februari 2023.

Demikian menurut Exco Belia, Sukan dan NGO YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat ketika menyampaikan sumbangan dan menyempurnakan gimik pelancaran jersi pasukan DUN Pengkalan Kubor di Pusat Khidmat DUN (PKD) Pengkalan Kubor, baru-baru ini.

“Johan keseluruhan untuk kejohanan ini akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM6,000 berserta piala dan medal,” katanya.

Tambahnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, kejohanan itu adalah kesinambungan Kejohanan Liga Elit DUN (LED) 2022.

“Kejohanan ini adalah anjuran Urus Setia Belia dan Sukan (U-BeS) dengan kerjasama Department of Arts, Culture and Sports (DACS) Negeri Kelantan, “katanya.

Berhubung perkara yang sama katanya, kejohanan tersebut membabitkan pemain berumur 25 tahun ke bawah.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita4ptg

Pautan: 45 PASUKAN BERENTAP REBUT PIALA MB KELANTAN 2022

(Visited 27 times, 4 visits today)

Add Comment